Laungan perjuangan dahulu...

18 Oktober 2004 - Laman baru Jiwa Merdeka

Laman baru Jiwa Merdeka - http://www.jiwa-merdeka.net

13 Oktober 2004 - Dari Arafah & Mina

DSAI dan rombongan kini sedang dibawa menziarahi Arafah dan Mina.

13 Oktober 2004 - Kerajaan Malaysia bantah kerajaan Arab Saudi

Kerajaan Malaysia pada hari ini membantah layanan istimewa yang diberikan oleh Arab Saudi kepada DSAI. Kerajaan Malaysia mempersoal kenapa layanan yang sebegitu istimewa diberikan kepada seorang rakyat Malaysia yang biasa (dibaca: yang dianggap oleh Kerajaan Malaysia sebagai penderhaka).

12 Oktober 2004 - DSAI ke Jeddah

DSAI dan rombongan berlepas dari Munich ke Jeddah jam 11.45 pagi pada hari isnin 11 Oktober dengan jet khas kerajaan Saudi. InsyaAllah DSAI dan rombongan dijangka akan tiba di Jeddah pada jam 5.40 petang, dan akan dibawa ke Istana Tamu di Mekah. DSAI dan rombongan kemudian akan menunaikan umrah. Marilah kita doakan semoga DSAI dan rombongan akan selamat tiba di Jeddah.

6 September 2004 - Datuk Seri Anwar telah selamat jalani pembedahan

Datuk seri Anwar Ibrahim telah pun selamat menjalani pembedahan di www.alphaklinik.com , sama-samalah kita berdoa semoga DSAI segera cepat sembuh.

4 September 2004 - DSAI berlepas ke Munich

Kami pendokong gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan semoga Datuk Seri selamat pegi ke Munich dan selamat kembali.... Aminnn...

Gambar-gambar dan mpeg DSAI yang sempat saya ambil sebelum berlepas ke Munich

        download mpeg DSAI to Munich    

2 September 2004 - Anwar Ibrahim bebas!

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengecapi kebebasan hari ini apabila Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan sabitan dan hukuman liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi empat tahun lalu.

Dua daripada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan . Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud . membenarkan rayuan Anwar terhadap hukuman tersebut.

Seorang lagi penal ialah hakim Datuk Paduka Rahmah Hussein. Berikutan itu, Anwar dibebaskan selepas lima tahun berjuang melalui mahkamah untuk mengenepikan kedua-dua sabitan dan hukuman bagi kesalahan salahguna kuasa dan liwat.

Anwar yang kini berusia 57 tahun telahpun selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan kini sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.

Menurut Hakim Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar.

Di samping itu, katanya, terdapat keterangan saksi utama pihak pendakwa, Azizan Abu Bakar, juga tidak disokong.

.Kami tidak mengatakan Azizan adalah seorang pembohong tetapi dia bukanlah seorang saksi yang dikatakan oleh mahkamah rendah,. katanya.

.Dia tidak boleh dianggap berwibawa kerana dia telah memberi tiga tarikh membabitkan tiga tahun yang berlainan (mengenai bila perbuatan liwat yang didakwa itu, berlaku).

Malah, katanya, Azizan juga merupakan rakan pelakuan dalam perbuatan yang didakwa itu kerana tiada terdapat bukti-bukti yang dia membantah.